Anda mahu ingin menjadi seorang jutawan yang betul-betul dapat berbakti? Dengan hanya angan-angan impian untuk menjadi jutawan tidak akan berjaya. Oleh yang demikian, berjuang dengan citara rasa yang amat istimewa. Tabah terhadap apa jua rintangan yang hadir. Nakkan wang yang banyak? Kena usaha dengan bersungguh dan usah sekali bosan serta lemah semangat.
Saya ada membaca buku jutawan internet Dr. Irfan Khairi. Beliau telah menggariskan beberapa syarat jika seseorang itu ada impian untuk menjadi jutawan. Oleh yang demikian, seseorang itu kena;
1. Tingkatkan pembacaan dan belajar dari mereka yang telah berjaya,
2. Pendirian kena tetap (istiqamah),
3. Bijaksana sana mengatur setiap tindakan,
4. Kena kentalkan dan yakikan diri kita,
5. Kekalkan ketabahan salam diri,
6. Cari dan ambil peluang,
7. Dapatkan sokongan dari orang disekeliling Kita dan pelbagai pihak yang berwajib lain bagi menjana impian agar jadi realiti.
Oleh itu, pendidikan atau pun tarbiyah (learning process) kena terapkan di dalam jiwa dan minda bakal jutawan yang dapat menangkis segala virus yang menyerang diri individu bakal jutawan tersebut. Saya teringat bila mana Allah S.W.T menyuruh Rasul S.A.W untuk membaca ketika menerima wahyu yang pertama; Allah menurunkan surah al-'Alaq mulai ayat yang pertama hingga ke lima.
Beliau juga ada menyatakan nak jadi jutawan ni bukanlah melalui internet saja, tetapi juga dari perniagaan yang diusahakan sendiri. Ini kerana perniagaan sendiri mempunyai peratusan yang tinggi iaitu sebanyak 74%, manakala selebihnya melalui perkhidmatan secara maya (online). Syukur juga saya dapat statistik yang dimaklumkan oleh Dr. Irfan yang mana hanya sebanyak 10% saja dipelopori oleh golongan profesional, manakala 10% lagi dikuasai oleh perniagaan MLM dan 6% lagi terdiri dari pelbagai bidang lain. Maka saya dan anda juga boleh berjaya seterusnya menjadi jutawan yang berjaya serta berakhlak mulia.
PESANAN: Semua kekayaan adalah anugerah Allah, oleh itu kita wajib sedar segala-galanya juga mudah bagi Allah untuk menarik kembali anugerah tersebut. INGAT! Paling penting ialah apakah sumbangan kita terhadap agama, bangsa dan negara? Cuba Kita renungkan bersama agar Kita tidak lagi ditanya oleh-Nya di sana nanti.
Isnin, 29 September 2008
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)




1 ulasan:
bagus, info yg menarik!
ps: sy akan email link download yg br utk Rahsia Pro Affiliate tu.
TQ
kento
http://zyzyx.info
Catat Ulasan