Rabu, 31 Disember 2008

KAYA DUIT : FORMULA DAN PRINSIPNYA

Asasnya ialah :

Pendapatan – Jumlah Perbelanjaan = Wujud Simpanan Duit (Miskin)
Pendapatan – Simpanan = Jana Banyak Perbelanjaan (Kaya)

PRINSIP-PRINSIP KAYA DUIT KENA LAKSANAKAN 8 LANGKAH :

i. Pastikan buat perancangan terhadap duit yang bakal kita perolehi.

ii. Kena ambil dahulu sedikit atau sebahagian dari hasil pendapatan anda, kemudian bayar kepada diri anda sendiri (cari bekas dan cuba conteng dengan perkataan “Bayar Untuk Diriku Dulu”) - sekurang-kurangnya 10 % dari pendapatan

iii. Buat simpanan (Fixed deposit –Public Mutual dan lain-lain, join insurans dan simpan duit ke dalam Tabung Haji) – sekurang-kurangnya 5 % dari pendapatan.

iv. Buat Pelaburan di unit-unit trust atau saham – 5 %

v. Sentiasa meringankan tangan dengan memberi sedekah (infak) – 10 %

vi. Bayar dahulu hutang yang wajib (rumah, kereta atau tanah)

vii. Kena buat Tabung Khusus bagi memudahkan untuk MEMBELI BARANG IDAMAN SEHINGGA SELESAI – sebanyak 10 %.

viii. Simpan untuk keperluan diri sendiri sebanyak 55 % demi kebaikan diri anda.

* P.S. : JAMINAN 100% - PASTI ANDA KAYA DENGAN DUIT dan DITAMBAH DENGAN MENGIKUTI KUTU-PINTAR< SAYA PASTI ANDA AKAN JADI LEBIH SENANG DARI SEBELUM INI.

GOLONGAN YANG TIDAK DIPANDANG ALLAH

Hadis daripada Abu Hurairah ra., bahawasannya RasuluLLah saw bersabda, “Terdapat tiga golongan yang tidak diperhatikan oleh Allah SWT pada hari kiamat kelak; Mereka tidak disucikan Tuhan. Mereka ini akan mendapat seksaan azab yang sangat pedih. PERTAMA : Orang yang mempunyai lebihan air tetapi tidak mahu memberikan seteguk air pun kepada orang yang sedang haus dalam perjalanan. KEDUA : Orang yang mengadakan baiah (sumpah setia) dengan pemimpin yang mementingkan dunia sahaja. Apabila diberi sesuatu, dia suka, tetapi dalam masa yang sama bila tidak diberi, maka dia marah, dan KETIGA : Orang yang masih menguruskan barang dagangannya walaupun setelah hamper habis waktu asar.

Ahad, 30 November 2008

Petua Orang Lama..

Menajamkan Penglihatan

Jika anda ingin menajamkan penglihatan,
1. satu tindakan yang baik ialah dengan kerap memandang sesuatu yang hijau.
2. Salah satu petua ialah memandang wajah orang yang kita sayangi seperti wajah ibu, suami, anak-anak dan saudara sejenis dan elakkan memakan benda yang manis.
3. Bercelak ketika hendak tidur.
4. Kerap duduk mengadap kiblat.
5. Makan lobak putih selalu.

Mengubati Kulit Terpercik Minyak Panas

Cara pertama : sapukan tempat tadi dengan minyak zaitun. Insya-allah kulit tidak akan melecur dan tidak akan meninggalkan kesan.
2. Parut beberapa biji bawang merah. Tampalkan pada bahagian yang terkena minyak panas. Kemudian dibalut dengan kain bersih. Biarkan beberapa hari barulah pembalut itu dibuka.
3. Masak lemak ayam dengan api yang sederhana. Sejukkan dan simpan dalam botol. Apabila terkena minyak panas, sapukan lemak tersebut.
Menghilangkan Bisa-bisa Tulang

Menghilangkan Bisa Tulang

1. Masukan sedikit garam ke dalam air suam. Rendamkan kaki ke dalamnya selama 15 minit. Lakukan 3 kali seminggu.
2. Rebus ayam muda dengan kacang merah sehingga mendidih. Setelah sejuk, minum air tersebut. Amalkan meminumnya selama dua minggu.
3. Ambil satu sudu cuka makan, taungkan sedikit pada tapak tangan. Gosokkan pada bahagian yang sakit. Biarkan selama setengah jam. Kemudian bersihkan dan mandi seperti biasa.

Isnin, 29 September 2008

Tip Dari Dr. Jutawan Internet

Anda mahu ingin menjadi seorang jutawan yang betul-betul dapat berbakti? Dengan hanya angan-angan impian untuk menjadi jutawan tidak akan berjaya. Oleh yang demikian, berjuang dengan citara rasa yang amat istimewa. Tabah terhadap apa jua rintangan yang hadir. Nakkan wang yang banyak? Kena usaha dengan bersungguh dan usah sekali bosan serta lemah semangat.

Saya ada membaca buku jutawan internet Dr. Irfan Khairi. Beliau telah menggariskan beberapa syarat jika seseorang itu ada impian untuk menjadi jutawan. Oleh yang demikian, seseorang itu kena;

1. Tingkatkan pembacaan dan belajar dari mereka yang telah berjaya,
2. Pendirian kena tetap (istiqamah),
3. Bijaksana sana mengatur setiap tindakan,
4. Kena kentalkan dan yakikan diri kita,
5. Kekalkan ketabahan salam diri,
6. Cari dan ambil peluang,
7. Dapatkan sokongan dari orang disekeliling Kita dan pelbagai pihak yang berwajib lain bagi menjana impian agar jadi realiti.

Oleh itu, pendidikan atau pun tarbiyah (learning process) kena terapkan di dalam jiwa dan minda bakal jutawan yang dapat menangkis segala virus yang menyerang diri individu bakal jutawan tersebut. Saya teringat bila mana Allah S.W.T menyuruh Rasul S.A.W untuk membaca ketika menerima wahyu yang pertama; Allah menurunkan surah al-'Alaq mulai ayat yang pertama hingga ke lima.

Beliau juga ada menyatakan nak jadi jutawan ni bukanlah melalui internet saja, tetapi juga dari perniagaan yang diusahakan sendiri. Ini kerana perniagaan sendiri mempunyai peratusan yang tinggi iaitu sebanyak 74%, manakala selebihnya melalui perkhidmatan secara maya (online). Syukur juga saya dapat statistik yang dimaklumkan oleh Dr. Irfan yang mana hanya sebanyak 10% saja dipelopori oleh golongan profesional, manakala 10% lagi dikuasai oleh perniagaan MLM dan 6% lagi terdiri dari pelbagai bidang lain. Maka saya dan anda juga boleh berjaya seterusnya menjadi jutawan yang berjaya serta berakhlak mulia.

PESANAN: Semua kekayaan adalah anugerah Allah, oleh itu kita wajib sedar segala-galanya juga mudah bagi Allah untuk menarik kembali anugerah tersebut. INGAT! Paling penting ialah apakah sumbangan kita terhadap agama, bangsa dan negara? Cuba Kita renungkan bersama agar Kita tidak lagi ditanya oleh-Nya di sana nanti.

Khamis, 25 September 2008

Bagaimana nak meningkatkan "Page Rank" di enjin carian

Ini satu topik yang sangat-sangat dinantikan oleh setiap individu yang menyelenggarakan blog. Saya yakin bila mana para blogger inginkan kejayaan dalam mengendalikan blog mereka bagi tujuan menyampaikan pelbagai maklumat yang terkini.

Bagi diri saya yang kerdil ini, apa-apa pun penerapan nilai keehsanan dalam menyelenggarakan penyampaian ilmu yang menyeluruh dan juga berkesan dari pelbagai sudut. bahkan bukan saja dapat memberikan info keuntungan yang dapat dikongsikan bersama demi kejayaan di dunia dan akhirat.

Nak lebih lagi kunjungi di laman di bawah

http://mekarsokmo.blogspot.com

Rabu, 24 September 2008

LANGKAH KEJAYAAN

Saya ada menyediakan beberapa langkah kejayaan yang seharusnya diambil manfaatnya oleh sesiapa saja yang inginkan kejayaan yang cemerlang. Pengisiannya dilakukan secara santai dan ianya bertepatan serta amat-amat bersesuaian dengan jiwa kita sebagai seorang muslim. Ingin mengetahuinya dengan lebih lanjut sila hubungi melalui SMS di talian 012-9060024 atau melalui email abuzaky@rocketmail.com.

Bukan setakat itu saja pelbagai peluang lagi bagi mendapatkan keuntungan melalui kerja yang dilakukan dengan hanya duduk dirumah saja. Untuk lain-lain maklumat dan motivasi boleh layari :

http://ibnmasodkanbantu.blogspot.com

http://mekarsokmo.blogspot.com

http://sedorlakawan.blogspot.com

Impian dah ada

Apa yang perlu kini, bila mana impian telah ada di dalam hati kita. Buat lah plan induk bagi menjayakan sesuatu impian tersebut agar terus tercapai dengan jayanya. Kita kena mencari dan banyakkan bertanya kepada semua golongan yang banyak melibatkan diri dalam bidang tersebut, sebagai contoh bagi mereka yang ingin memperolehi pendapatan sampingan yang tentunya lumayan bagi menyelesaikan kemelut yang membelenggu leher kita. Seharusnya tindakan juga hendaklah dilakukan dengan perancangan yang rapi. sebab apa saya katakan begitu? Ini halyalah pengalaman diri saya, nak duit tapi tak juga sudah-sudah.. duit banyak dikeluarkan tapi belum juga menemui kejayaan.

Kini saya cuba belajar dari individu yang betul-betul ikhlas mendidik saya bagi mencapai matlamat itu. Antara rujukan yang saya sering merujuknya ialah Buku Klik Untuk Kaya 8 rahsia Jutawan Siber karangan Encik Rosli Jamal, beliau boleh dihubungi melalui http://www.ceocyber.com. Saya amat terhutang budi dengan buku karangan beliau itu. Doa saya kepada diri saya dan para sahabat yang ingin berjaya dalam seperti saya impian ini semoga terus berusaha dan jangan jemu walaupun terpaksa merangkak.

INGAT Bisnes siber ni boleh dimulakan tanpa modal yang besar, ianya juga mudah dikendalikan serta mendapat keuntungan yang cukup-cukup besar. Strategi yang PALING PENTING ketahui langkah-langkahnya dan saya yakin kita PASTI berjaya.

Beli buku seperti yang saya sarankan seperti di atas tersebut.